Menurut kenyataan akhbar Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan negeri, angka berkenaan adalah lebih tinggi berbanding tempoh sama pada tahun lalu yang hanya mencatatkan 95 kes iaitu peningkatan sebanyak 121 kes (127.37 peratus).

"Ia turut menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh tujuh hari sebelum itu (minggu ke-58, 2018) iaitu sebanyak 171 kes dilaporkan.

"Bagaimanapun tiada kematian akibat demam denggi dilaporkan sehingga minggu pertama bagi tahun 2019," kata kenyataan itu sebentar tadi.

Menurut kenyataan berkenaan lagi, pada ketika ini terdapat 49 lokaliti wabak terkawal yang disenaraikan pihaknya di seluruh negeri.

"Selain itu, terdapat lima lokaliti wabak tidak terkawal iaitu di Jermal Court, Taman Desa Damai (Lorong 2 hingga 12), Kuarters Kastam Perai, Taman Permata Pauh dan Taman Merak Jaya.
 
"Terdapat tujuh lokaliti hotspot iaitu di Mutiara Idaman, Solok Midlands, Taman Seri Damai, Kampung Kebun Sireh, Taman Machang Bubok,  Perkampungan Berapit dan Kampung Besar," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan negeri mengingatkan masyarakat untuk terus mengambil langkah-langkah menjaga kebersihan persekitara dan kawasan rumah bagi menghentikan penularan wabak denggi. - K! ONLINE