Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pemberian elaun kritikal itu adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan atas pengorbanan anggota bomba dalam menyelamatkan nyawa serta harta benda.

"Saya telah dimaklumkan mengenai elaun khas bomba ini selepas dilantik menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan kini amat teliti dalam urusan perbelanjaan dan ekonomi negara," katanya dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ngiling Bidai Gawai di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak di sini hari ini.

Pada 21 Mac lalu, kerajaan terdahulu telah mengumumkan pemberian elaun khas berjumlah RM200 kepada 13,342 warga bomba
yang sepatutnya berkuatnkuasa pada 1 April lalu. - K! ONLINE