Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, bekalan air akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan paip selesai dijalankan dan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat bergantung kepada jarak dan kedudukan lokasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul menasihatkan pengguna supaya menggunakan air secara berhemah semasa kerja-kerja pembaikan paip dilakukan.

"Kami juga berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan pengguna tidak mengalami masalah bekalan air terputus untuk tempoh yang lama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi paip pecah di Setia Alam di sini.

Dalam pada itu, Pengerusi SPAN, Charles Anthony Santiago berkata, punca kejadian akan dikenal pasti selepas kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan. - Bernama