Kejadian disedari mangsa berusia 26 tahun selepas dimaklumkan jiran kira-kira pukul 5.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md. Noor berkata, mangsa kemudian keluar dari rumah mendapati kereta jenis Perodua Beza yang diletakkan di dalam pagar rumah dipenuhi cat.

"Cat yang digunakan adalah warna putih dan jenis cat kapur yang boleh dibersihkan dengan air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan hutang.

"Mangsa baru bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya kira-kira dua minggu di Baling dekat sini yang mana sebelum ini dia pernah bertugas selama dua bulan di Mahkamah Kulim," ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian. - K! ONLINE