Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Engku Ermanizara Engku Azmi, 29, terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas berjaya keluar dari keretanya yang kemudiannya tenggelam ke dalam parit berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Engku Ermanizara dalam perjalanan untuk bertugas di Klinik Kesihatan Air Putih di sini.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba melintas jalan menyebabkan kereta Proton Saga BLM dipandu mangsa terbabas selepas dia cuba mengelak haiwan liar berkenaan.

"Kenderaan itu kemudiannya terjatuh ke dalam parit di tepi jalan sebelum tenggelam. Mangsa bernasib baik berjaya keluar dari keretanya sebelum dibantu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE