Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.28 petang dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati sebuah SUV jenis Honda CR-V telah terbakar hampir 90 peratus.

"Operasi memadam kebakaran terus dilakukan dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.49 petang tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. 

"Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik JBPM," tambahnya.

Difahamkan kejadian berlaku selepas sesi persekolahan tamat dan kebanyakan pelajar telah pulang ke rumah masing-masing. - K! ONLINE