Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, kenderaan yang digunakan oleh Exco sebelum ini sering mengalami kerosakan dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

"Ia bukan isunya kerana pertukaran kereta memang dilakukan setiap lima tahun sejajar dengan dasar kerajaan negeri sedia ada dan kereta yang digunakan Exco sudah melebihi lima tahun malah ada yang enjin kenderaan dinaiki secara tiba-tiba mati di tengah jalan dan lebih teruk ada yang wayar terbakar,".

"Exco berhadapan tugas-tugas besar dan perlu sentiasa tiba di lokasi atau menghadiri program-program dengan cepat tetapi terpaksa menghadapi halangan apabila terjadi masalah kereta rosak," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Mahasiswa Perak anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Perak di sini hari ini. - K! ONLINE