Perdana Menteri menambah, kerajaan mendapati ada pihak-pihak tertentu yang mahu menguasai syarikat media melalui pemilikan saham bagi memenuhi kepentingan peribadi mereka.

"Cadangan itu memang satu cara untuk mengelakkan syarikat media daripada diperalatkan oleh orang-orang tertentu. Di mana-mana juga kita dapati ada saja pihak yang ingin kuasai media untuk kepentingan mereka.

"Sebab itu kita mahu hadkan pemilikan saham dalam syarikat media. Tapi cadangannya masih dalam perbincangan dan tidak dimuktamadkan lagi," ujarnya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor, di sini tengah hari tadi. - K! ONLINE