Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, usaha pencarian itu menjadi keutamaan kerajaan bagi mendapatkan jawapan punca sebenar kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Beliau berkata, setakat ini, usaha pencarian dilakukan melibatkan kawasan seluas 16,000 daripada 25,000 kilometer persegi namun 95 anggota pasukan mencari termasuk dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menaiki kapal Seabed Constructor itu masih belum menemui sebarang petunjuk di mana pesawat itu berada.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.