Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, penambahan ambulans itu bertujuanmeningkatkan tahap kecekapan pihak hospital dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit.

"Pesakit yang menghadapi kecemasan akan mendapat perkhidmatan terbaikdengan adanya peralatan teknologi terkini yang disediakan dalam setiap ambulans terbabit," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan19 ambulans kepada sembilan hospital di Kelantan, di Tok Bali di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Datuk Zawawi Othman.

Ahmad Razin berkata, dengan adanya ambulans baharu, ia memberi peluang kepada pihaknya untuk memberi rawatan kecemasan lebih pantas terutama mereka yang terbabit kemalangan jalan raya. - Bernama