Beliau berkata, pada masa sama kerajaan negeri akan melakukan penambahbaikan terhadap dasar pembangunan usahawan yang kurang memuaskan.

"Kerajaan negeri tidak akan mansuhkan semua (dasar pembangunan usahawan), malah akan kaji dan meneruskan mana yang baik serta melakukan penambahbaikan jika perlu," katanya semasa menjawab soalan tambahan Salbiah Mohamed (BN-Temengor) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini, hari ini.

Sementara itu, Asmuni berkata, kerajaan negeri memberi tawaran kepada semua pihak untuk menjalankan perniagaan di venue Sukan Malaysia  (Sukma) Perak 2018, namun keutamaan diberikan kepada peniaga di Perak.

"Walaupun Perak menjadi tuan rumah (Sukma) tahun ini, tidak bermakna peluang perniagaan itu hanya dibataskan kepada orang Perak sahaja," katanya yang menjawab soalan tambahan Salbiah tentang penglibatan peniaga negeri ini pada Sukma Perak 2018. - Bernama