Beliau berkata, Komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat merupakan agenda yang sentiasa diutamakan kerajaan baharu Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mewujudkan ASEAN yang lebih kukuh.

"Kita mahu maksud Komuniti ASEAN dapat dilaksanakan dalam erti kata sebenarnya," kata beliau pada sidang akhbar di Wisma Putra di sini hari ini.

Beliau berkata, ini seiring dengan matlamat penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015 itu yang bertujuan memperkukuh ekonomi dan membina rantau yang aman serta selamat.

Terdahulu beliau hadir upacara menaikkan bendera bersempena sambutan Hari ASEAN ke-51 yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ASEAN dan pencapaiannya. - Bernama