"Ini pertama kali kita lantik seorang wanita iaitu Suhaiza Sharudin sebagai Pegawai Daerah Tampin Gred M54 yang baharu berkuatkuasa 2 Julai lepas. Jawatan tersebut sebelum ini kosong dan kita isi dengan pelantikan Suhaiza.

"Suhaiza adalah anak jati Negeri Sembilan dan ibu kepada empat orang anak. Kita ucapkan tahniah kepada beliau (Suhaiza). Kita harap dengan pelantikan ini dia mampu meningkatkan lagi prestasi kerajaan negeri dan semoga dia berjaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Suhaiza, 41, sebelum ini merupakan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Kewangan Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan  Negeri Sembilan.

Katanya, Suhaiza memulakan perkhidmatan dalam kerajaan sebagai Penolong Setiausaha Gred M41, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada November 2002. - Bernama