Statistik LTSAS menunjukkan peningkatan trafik penumpang sebanyak 315,673 orang pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya iaitu 273,086 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata, usaha sedemikian giat dilakukan termasuk mengenal pasti syarikat penerbangan domestik dan destinasi yang berpotensi.

Menurut beliau, eksploitasi pengangkutan udara ini termasuklah menerusi Lapangan Terbang Pulau Pangkor yang kini hanya dikendalikan oleh syarikat Berjaya Air.

“Saya sendiri akan ke Pulau Pangkor minggu hadapan bagi bagi meninjau keperluan untuk meningkatkan kemudahan lapangan terbang di sana.

“Perak mempunyai tarikan pelancongan yang pelbagai, oleh sebab itu kita mahu menggandakan ketibaan pelancong sama ada domestic atau antarabangsa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Iftar Bersama Media Perak di sebuah restoran di sini semalam yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md. Taib.

Tambah Kar Hing, pertambahan penerbangan ini juga dapat menjadikan Perak sebagai destinasi masuk pelancong ke utara di samping merancakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Ketika ini terdapat empat syarikat menyediakan penerbangan terus ke Ipoh iaitu Malindo Air yang terbang dari Medan, Indonesia, Air Asia (Johor Bahru dan Singapura), Firefly (Johor Bahru) dan Scoot (Singapura).

Terbaharu, syarikat penerbangan carter, Scanda Sky pada 7 Mei lalu menandatanganiperjanjian dengan Malaysia Airlines Bhd. bagi penerbangan Kuala Lumpur-Ipoh Guangzhou menggunakan LTSAS mulai Oktober ini. - K! ONLINE