Beliau berkata, dalam kerangka itu Sabah mempunyai segala-galanya untuk muncul sebagai satu kuasa ekonomi.

"Aset paling utama Sabah adalah keluasan tanah untuk aktiviti pertanian dan perladangan, sumber alam yang banyak di samping keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian masyarakat yang menjadi daya tarikan dalam sektor pelancongan.

"Jika segala perancangan berjalan lancar, insya-Allah Sabah bukan sahaja menjadi antara negeri yang pesat membangun, malah tiada kumpulan rakyat yang akan ketinggalan untuk menikmati arus pembangunan dan kemajuan negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 2018 di sini hari ini.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin dan isteri, Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong dan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar. - Bernama