Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, masalah yang timbul bukan membabitkan isu pembalakan semata-mata malah turut melibatkan beberapa isu lain terutamanya berkaitan pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Setakat yang kita tahu, berdasarkan pertemuan yang lepas dengan (wakil) masyarakat Orang Asli, bukan soal pembalakan sahaja yang dibangkitkan malah ketidakpuasan hati dari segi pengurusan antara kerajaan (Persekutuan) melalui Jakoa membabitkan kebajikan mereka.

“Isu ini berkait, jadi kalau kerajaan (Pusat) hendak jumpa dengan kerajaan negeri, kita alu-alukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.