Taj Mahal yang dibina dengan batu marmar berkualiti tinggi selain diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dikesan telah berubah menjadi kekuningan sejak beberapa tahun lalu.

“Warna batu marmar pada mulanya menjadi kuning tetapi kini berubah warna kepada hijau dan hitam,” kata Mahkamah Agung dalam satu kenyataan. 

Taj Mahal secara perlahan-lahan diselaputi kesan kekuningan ekoran debu tebal di rantau itu. Malah, terdapat kesan hijau pada dinding yang menghadap sungai paling tercemar di India, Sungai Yamuna.

Pelbagai kaedah digunakan termasuk pek lumpur untuk menanggalkan kesan kekotoran pada batu marmar selepas pemuliharaan konservatif mencetuskan kebimbangan mengenai kerosakan monumen itu.- AFP