Menteri Kesejahteraan Ban­dar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, penggunaan polyfoam adalah dilarang pada bangunan kerana boleh mencetuskan kebakaran seperti yang berlaku pada bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya, Se­langor kelmarin.

Tegas Noh, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa mulai saat ini bagi memastikan tiada bangunan yang sewenang-wenangnya memasang penebat haba polyfoam.

“Saya ingin menegaskan mana-mana bangunan yang memasang cladding (penebat haba) dengan bahan-bahan yang tidak diluluskan supaya menanggalkan cladding tersebut dengan segera untuk mengelakkan kejadian sama berlaku.

“Berdasarkan rekod bomba, kejadian sama pernah juga berlaku kepada Perpustakaan Kuala Lumpur dan Grenfell Tower, di London pada Jun tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.