Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon akan menerima keputusan melalui pos atau boleh mendapatkan keputusan mereka dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Katanya, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPMU 2019 melalui mySMS 1588 dan laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan pada pukul 10 pagi, 28 Ogos dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang, 3 September," katanya di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan berkata, seramai 9,827 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPMU di 203 pusatpeperiksaan di seluruh negara.

"Seramai 1,572 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

"Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan tersebut ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik," katanya. - K! ONLINE