Menurut kenyataan itu, calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi. 

"Keputusan calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar," katanya.

Calon juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM nombor kad pengenalan angka giliran dan hantar ke 15888.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan SMS itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi 15 Mac dan akan ditamatkan pada 6 petang, 21 Mac.

"Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi telefon pintar dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan," katanya.

Seramai 443,883 calon menduduki SPM 2017 dan daripada jumlah itu sebanyak 386,331 orang ialah calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan (8,346); sekolah menengah agama negeri (8,346), sekolah menengah agama rakyat (1,976); sekolah swasta (14,883); dan calon persendirian (23,886). - Bernama