Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan tarikh tersebut hari ini selepas membenarkan permohonan peguambela, T. Harpal Singh kepada Pejabat Peguam Negara bagi mengkaji pindaan pertuduhan terhadap kesemua tertuduh.

Representasi itu telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara pada 23 Ogos lalu.

Terdahulu, kesemua 38 tertuduh termasuk dipercayai dua lelaki bergelar Datuk Seri dan Datuk mengaku tidak bersalah selepas didakwa menjadi ahli kumpulan terancang Geng 08 di daerah Petaling bermula 1 Januari 2015 hingga 29 Mac 2018.

Kedua-dua lelaki itu adalah Datuk Seri A.N Bala Krishnan, 48, dan Datuk S. Pream Nath, 36.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin manakala tertuduh masing-masing diwakili Harpal Singh, Eric Paulsen, Aqeeb Lizalman, S. Yuvaraj dan Rabeen Jay. - K! ONLINE