Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata, perintah pembatalan saman tersebut dibuat atas alasan ia tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah, remeh dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah pada 10 November lepas.

“Perintah tersebut jelas menunjukkan tindakan Pemangkin menyaman Yapeim langsung tidak berasas dan mencalarkan imej baik kami.

“Yapeim berharap keputusan mahkamah ini akan mengembalikan keyakinan masyarakat mempercayai kami dalam menguruskan segala sumbangan jariah untuk disalurkan kepada pihak memerlukan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Yapeim di sini hari ini.

Abibullah menegaskan, Yapeim tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan reputasi baik organisasi itu sebagai pengajaran. - K! ONLINE