"Dalam membuat keputusan ini, kami tidak pernah mengikat parti dengan tempoh masa Mahathir menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat bagi mengumumkan bahawa Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson sebagai persediaan untuk beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara kelak. 

Menurut Saifuddin,  Anwar sendiri selalu menekankan pentingnya kepimpinan Mahathir terus disokong sekarang. 

"Datuk Seri Anwar selalu pesan pada kepimpinan PKR sekarang adalah masa untuk beri dukungan dan sokongan penuh kepada kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri," katanya. - Bernama