Mengikut kertas pertuduhan, Lee Chong Yau, 29, dan Fon Chong Sheng, 22, serta Gan Hong Ren, 18, dituduh melakukan perbuatan itu di tepi jalan berhampiran Kompleks Mahkamah Kuantan di sini pada pukul 2.36 petang, 27 Jun baru-baru ini.

Bagi dakwaan itu, mereka dituduh secara bersama mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mengikut seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Sejurus mendengar ketiga-tiga pengakuan itu, Majistret Nor Azizah Aling menjatuhkan hukuman denda RM2,200 ke atas setiap tertuduh dan boleh dipenjarakan selama tujuh bulan sekiranya tidak membayar denda.

Ketiga-tiga tertuduh melalui dua rakan mereka membayar denda tersebut dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na'ilah Harizan. - K! ONLINE