Mereka akan berkumpul di Padang Arafah dekat Mekah bermula hari ini bagi melakukan rukun utama haji iaitu berwukuf.

Jemaah haji Malaysia mula bergerak secara berperingkat-peringkat sejak semalam untuk melaksanakan ibadat wukuf, bermabit dan melontar jamrah di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Pengerusi Pakar Rujuk Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1439H, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (gambar kecil) berkata, dalam keghairahan umat Islam untuk melaksanakan ibadat tersebut, mereka hendaklah berhati-hati agar segala ibadat tersebut dapat dilakukan dengan sempurna.

“Sesungguhnya kita berada di Arafah, di mana waktu yang dianggap sebagai waktu bermulanya wukuf ialah apabila masuk waktu Zuhur pada hari 9 Zulhijah dan berakhir sehingga terbit fajar pada hari ke-10 Zulhijah (esok).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.