Peraduan yang bermula sejak 1 Ogos lalu hingga 31 Disember 2018 itu menawarkan hadiah utama berupa dua buah pikap Toyota Hilux bernilai hingga RM100,000 selain wang tunai berjumlah RM400,000 untuk dibawa pulang.

Red Bull dalam satu kenyataan berkata, kempen yang turut antara lain menggalakkan orang ramai supaya mencabar diri dengan menerapkan gaya hidup aktif itu boleh disertai dengan hanya membeli mana-mana tin Red Bull Gold atau Red Bull 25% Less Sugar.

“Pelanggan hanya perlu menarik penutup tin Red Bull Gold atau Red Bull 25% Less Sugar yang dibeli dan di belakang penutup tersebut akan tertera hadiah yang mereka menangi.

“Hantarkan kod yang tertera di belakang penutup tersebut melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-5688 8331 yang disertai dengan hashtag nama penuh dan nombor kad pengenalan peserta. Penutup tin haruslah disimpan untuk tujuan menuntut hadiah kelak,”katanya.

Orang ramai boleh layari laman web rasmi kempen di http://penuhiimpian.redbull.com.my/home untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut. – K! ONLINE