Menurut Ketua Bahagian Pemasaran Shopee, Marianne Chuo, kempen itu bertujuan meraikan para pelanggannya terutama yang bakal menyambut Aidilfitri dengan menyediakan pelbagai keperluan dan barangan eksklusif yang boleh dibeli secara online menerusi aplikasi Shopee.

Katanya, sepanjang kempen itu, pelanggan bakal menikmati diskaun sehingga 80 peratus daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 45,000 penjual menerusi pelbagai segmen seperti fesyen, kecantikan, elektronik dan makanan.

"Para pelanggan akan menikmati pelbagai tawaran menarik daripada segmen 200 peratus pulangan tunai setiap hari, Shocking Sale, Goyang Shopee, Shopee Live dan kuis Shopee.

"Kami yakin kesemua ganjaran ini akan memberi lebih keriangan sepanjang bulan Ramadan sekali gus dalam menjimatkan kos dalam urusan membeli segala persiapan raya di Shopee," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran Raya bersama Shopee di Bangsar di sini hari ini.

Marianne memberitahu, anda kini boleh beraya dengan baju raya jenama selebriti sepeti  Fouziah Ghius, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Irma Hasmie dan Nana Mahazan yang boleh didapati di kedai rasmi di Shopee Celebrity Squad.

"Kami juga menawarkan diskaun berbuka puasa pada bulan Ramadan ini seperti iftar di Coffee Bean & Tea Leaf, Kenny Rogers serta bufet Ramadan di beberapa buah hotel terkemuka.

"Justeru, kami harap kesemua ganjaran menarik ini mampu memberikan keseronokan berganda sepanjang Ramadan terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri nanti," katanya.

Dalam pada itu, buat julung-julung kalinya, orang ramai kini boleh membeli kediaman oleh SP Setia di Shopee bermula hari ini dengan rebat 25 peratus  dan baucer bernilai RM3,800.

Selain itu, bermula hari ini juga, mereka yang ingin membeli kenderaan seperti jenama Honda,Toyota, BMW, Ford dan Hyundai, anda kini boleh menempahnya menerusi aplikasi Shopee. - K! ONLINE