Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia termasuk pembelian media dan penghasilan video promosi.

"Suarez juga dijadualkan untuk melancong di negara ini selepas tamat Piala Dunia 2018," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang bertanyakan faktor pelantikan dan bayaran nilai kontrak kepada Suarez sebagai Duta Pelancongan Malaysia. - K! ONLINE