Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Karpawi berkata, agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  perlu mencari mekanisma baharu yang lebih holistik untuk mencapai sasaran pengurangan kadar kemalangan sebanyak 50 peratus pada tahun 2020.

“Kita perlu terima hakikat, kempen yang dilakukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini gagal. Setiap tahun, jumlah kemalangan yang direkodkan menunjukkan peningkatan.

“Sehubungan itu, kita perlu duduk bersama berbincang dan mencari pendekatana baharu supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 yang bertemakan Pengurangan Kematian dan Kecederaan Parah sebanyak 50 peratus pada tahun 2020 di Galeria PJH, di sini tadi. - K! ONLINE