Beliau berkata, guru wanita yang menjalankan tugas sebagai guru disiplin kini mengatasi bilangan guru lelaki namun kemampuan dan kewibawaan mereka adalah setanding.

"Memang kalau dikira dari segi gender, guru wanita dah atasi guru lelaki dan tak ada lah kita nak lantik guru lelaki sahaja jadi guru disiplin sebab kemasukan wanita ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dah 70 peratus.

"Tetapi saya menaruh keyakinan guru wanita dapat atasi masalah (disiplin) walaupun berdepan tugas yang lebih mencabar membabitkan sekolah-sekolah kategori 'hotspot' (tinggi masalah disiplin) " katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Pemimpin Bersama Warga Felda di Felda Bukit Tembaga di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sumber Air,  Bekalan Air  dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim. - Bernama