Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagipembinaan semua bangunan sekolah tersebut di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.

Beliau berkata, peruntukan sama untuk merangkumi projek pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah-sekolah yang mengalami kepadatan murid dan pelajar.

"Sebuah sekolah baharu turut dibangunkan di Kampung Serada di sini memandangkan kapasiti penduduk di kawasan ini semakin meningkat selain pelajar-pelajarnya difahamkan terpaksa belajar di sekolah-sekolah sedia ada yang jaraknya sehingga sembilan kilometer daripada rumah mereka.

"Sebanyak RM28 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada di atas tanah seluas 6.48 hektar dan ia dijangka mampu menampung anggaran seramai 700 hingga 800 pelajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan sekolah tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu, A. Latiff Awang. - K! ONLINE