DZULKEFLY
DZULKEFLY

Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa Pharmaniaga bertindak sebagai satu-satunya syarikat monopoli pemegang konsesi tunggal ke­rana terdapat juga vendor lain yang membekalkan secara langsung ubat-ubatan kepada semua kemudahan kesihatan kepada kementerian.

“Sektor awam me­nguruskan pemerolehan ubat-ubatan menerusi dasar dan arahan Kementerian Kewangan melalui pembelian oleh tender negara, perjanjian konsesi dan pembe­lian terus oleh kemudahan kesihatan individu di hospital dan klinik,” kata beliau dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Dzulkefly merujuk kepada artikel dalam talian bertajuk Badan Pemikir Gesa Kerajaan Kaji Semula Pe­ranan Pharmaniaga berhubung peranan syarikat itu dalam membekalkan ubat-ubatan kepada kemudahan kesihatan awam.

Beliau berkata, pada 2017, per­belanjaan kementerian untuk ubat-ubatan dan barang-barang guna habis ialah sekitar RM3.3 bilion.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.