Menteri berkenaan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan ibu serta kandungan terjamin semasa proses kelahiran.

"Kementerian sedang memantau amalan ini supaya kami dapat mewujudkan regulation untuk mengelakkan kemudaratan.

"Kita tidak menghalang amalan-amalan seperti bidan yang menjadi tradisi, cuma kita mahu memastikan amalannya tidak berisiko kepada ibu atau janin dalam kandungan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas trend kelahiran di rumah termasuk tindakan mereka yang mempromosi dan berkongsi kaedah itu di media sosial. - Bernama