Katanya, pada masa ini perkara itu masih dibincangkan di peringkat kabinet.

"Kalau ikut kerajaan yang lepas Mara diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tetapi dengan kerajaan baharu ini kita nampak apa yang dibubarkan pada 2009 mungkin kita akan wujudkan kembali," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Mara di sini hari ini. 

Untuk rekod, Mara pernah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum kementerian itu dibubarkan pada 2009.

Ditanya mengenai visi beliau sekiranya agensi itu kembali diletakkan di bawah kementeriannya, Mohd. Redzuan berkata, tiada perubahan besar akan dilakukan kecuali penambahbaikan serta pembaikan kelemahan pada polisi sedia ada. - Bernama