Mohd. Roslan Wan Salleh, 31, yang bisu dan lembam sejak lahir dari Kampung Pintu Geng di sini dilaporkan hilang ketika hendak mengambil kad pengenalannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini pada 22 Januari lalu dengan menaiki basikal.

Jarak dari rumahnya ke IPD terbabit kira-kira 20 kilometer. Mangsa merupakan anak kesepuluh daripada 12 beradik.

Difahamkan, kad pengenalannya berada di IPD berkenaan selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sini namun dilepaskan selepas polis mendapati dia tidak terlibat.

Mangsa dikatakan menggunakan basikal jirannya semasa kejadian dan dia hanya minum air serta makanan atas ihsan orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.