Sehubungan itu katanya, sekolah dan universiti harus meningkatkan kerjasama yang erat dengan industri bagi mengelakkan sistem pendidikan negara menjadi lapuk.

"Juga tidak dapat dinafikan perlunya diberi tumpuan terhadap bidang-bidang ini - teknologi digital, bioteknologi dan persekitaran iaitu perkara-perkara yang akan mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan. Saya percaya lebih banyak mekanisme sokongan harus diwujudkan bagi mereka yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang ini. 

"Di samping itu, mereka yang berisiko tinggi untuk ketinggalan juga perlu dikenal pasti agar dapat disediakan mekanisme untuk latihan semula," katanya dalam kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 3,000 pelajar Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sesetengah pelajar menyuarakan kebimbangan tentang keadaan negara berhubung kerajaan yang stabil dan peralihan kepimpinan. - Bernama