Malah, wanita itu kini perlu bergantung kepada mesin pernafasan untuk terus hidup.

Menurut anaknya, Mohd. Saiful Muslim, 34, kemalangan itu berlaku di Kilometer 292, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bandar Putra Makhota, Bangi, dekat sini apabila kenderaan yang dinaiki ibunya hilang kawalan setelah dilanggar dari arah belakang oleh kereta jenis Hyundai Sonata.

Akibat daripada itu, Rohaini yang ketika itu duduk di bahagian penumpang belakang me­ngalami kecederaan agak parah, manakala suami­nya, Muslim Kasmuri serta anaknya, Zuraida Muslim dan dua orang cucunya cedera ringan.

Jelas Mohd. Saiful, sejak daripada kejadian itu hingga kini, ibunya masih menerima rawatan di Hospital Serdang disebabkan keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

“Kecederaan yang dialami ibu amat serius terutama membabitkan saraf tunjang termasuklah tulang belakang dan leher.

“Justeru itu, dia hanya mampu mengerakkan bahagian leher dan bahu sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya lagi, pihak hospital hanya membenarkan Rohaini dibawa pulang sekiranya pihak keluarga dapat menyediakan mesin pernafasan dan beberapa alat bantuan perubatan khas di rumah.

“Antara peralatan yang perlu ada adalah alatan bantuan sokongan se­perti mesin pernafasan berharga RM42,000 hingga RM48,000, kerusi roda khas berharga RM5,000 hingga 8,000, katil hospital (RM1,500), alatan sedutan serta alat pengang­katan yang keseluruhannya dianggarkan mencecah RM67,600.

“Kami memang tidak mampu untuk membeli kesemua peralatan tersebut dan sangat berharap orang ramai dapat membantu bagi meringankan kos tersebut,” ujarnya.

Orang ramai yang ­ingin membantu boleh me­nyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Mohd. Saiful di nombor 164089871155 dan Zu­raida Muslim (1511-8200-3059) atau hubungi me­reka di talian 016-296 3145 dan 013-754 9273.