Perkara itu didedahkan oleh isterinya, Datin Siti Zabidah Ab. Hamid dalam program Bicara Tokoh anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) di sini hari ini.

Siti Zabidah berkata, dugaan yang berlaku antara penghujung 2014 hingga awal 2015 itu bagaimanapun dapat dihadapi dengan tabah hasil daripada bantuan ramai perawat Islam termasuklah Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

"Sememangnya setiap orang diuji Allah, ada masa senang, ada masa susah, gembira dan berduka, setelah (suami) menjadi Menteri Besar, saya rasa inilah ujian Allah kepada saya, syukur kerana masih ada iman dan ilmu agama yang membuatkan ujian itu saya boleh terima dengan tabah dan dekatkan diri dengan Allah dan bermohon supaya Allah memberi pertolongan.

"Anak-anak saya diuji dengan terkena sihir tetapi Alhamdulillah ramai yang membantu membawa perawat Islam dari seluruh negeri yang datang sebulan sekali ke rumah selain turut menerima rawatan daripada pengamal perubatan Islam dari Indonesia, waktu itu dengan izin Allah anak-anak menantu saya sembuh," katanya.

Program bual bicara selama satu setengah jam itu telah dipengerusikan Pengarah PPAK, Ruslan Ludin.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita. Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md. Nawi.

Sementara itu, Siti Zabidah berkata, beliau berkahwin dengan Ahmad sejak 38 tahun lalu dan dikurniakan 12 orang anak dan 15 orang cucu.

Siti Zabidah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meletakkan jawatan sebagai guru di Maahad Muhammadi Pasir Pekan setelah Ahmad dilantik ke jawatan Menteri Besar pada 2013.

"Sejak (suami) dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan pada 1995 lagi saya mula merasa perubahan kerana sebelum itu dunia saya hanya tertumpu kepada sekolah dan keluarga.

"Tanggungjawab menjadi semakin besar apabila suami dilantik sebagai pemimpin negeri kerana saya perlu turun mewakilinya bersama dengan masyarakat, rumah kami sentiasa dikunjungi rakyat malah penagih dadah pun pernah tidur di tangga hadapan rumah," katanya. - K! ONLINE