Ibu bayi berkenaan Nik Ishazalwani Ismail, 35, berkata, kos per­belanjaan anaknya mencecah RM500 sebulan sementara suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Menurutnya, anaknya perlu minum susu khas berharga RM21.90 bagi 400 gram dan hanya mampu bertahan tiga hingga empat hari sahaja.

“Keadaan Nur Fikriyah yang tidak mampu bergerak atau me­rangkak selain memerlukan perhatia­n dan jagaan rapi pada setiap masa menyukarkan saya untuk bekerja.

“Dia juga terpaksa menjalani pemeriksaan sebulan sekali bersama pakar kanak-kanak di sebuah hos­pital bandar di sini untuk menge­tahui perkembangan semasa termasuk mata dan telinganya,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Alor Melaka di Pulai Chondong di sini semalam.

Nur Fikriyah merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dikesan mengalami masalah berkenaan sejak dilahirkan sebagai bayi pramatang ketika berusia 7 bulan pada Ogos lalu.

Dia mempunyai dua kakak, Nur Fakhira dan Nur Faqihah, masing-masing berusia 8 dan 4 tahun.

Nik Ishazalwani memberitahu, bayinya itu telah menjalani dua kali pembedahan pertama bagi membuang cecair yang ada dalam kepala dan telah dimasukkan sejenis wayar ke dalam kulit kepala dan masing-masing menelan belanja RM700 bagi setiap pembedahan,” ujarnya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan menerusi akaun Maybank milik Nik Ishalzawani iaitu 162106809571. – Bernama