Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis ketika membacakan keputusannya turut menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun ke atas tertuduh, S. Pragasam, 30, untuk satu lagi pertuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 36.6 gram. 

Dalam alasan kehakimannya, Anselm menjelaskan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah walaupun keterangannya berbeza dengan pembelaan. 

Anselm turut mengecualikan hukuman sebat terhadap tertuduh selepas mengambil kira peruntukan Seksyen 289(b) Kanun Acara Jenayah yang melarang sebatan dikenakan ke atas pesalah yang dijatuhi hukuman gantung.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kedua-dua hukuman itu sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kenneth Oon Kork Chern manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Gill. - K! ONLINE