Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan untuk  menzahirkan kecintaan kepada negara dengan mesej pentingnya keharmonian masyarakat pelbagai kaum dipelihara.

"Insya-Allah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa," katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini. - Bernama