Beliau, bagaimanapun berkata, Kelantan juga adalah negeri yang mendapat anugerah pengurusan kewangan terbaik daripada Ketua Audit Negara. 

"Dalam soal ini, bukan Kelantan sahaja perlukan bantuan kerajaan Persekutuan, semua negeri di Malaysia perlukan bantuan kerajaan Persekutuan termasuk Selangor sebuah negeri yang kaya, Pulau Pinang dan Johor," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd. Amar mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan persekutuan berharap agar kerajaan Kelantan dapat menguruskan hal ehwal kewangan negeri dengan lebih berhemat, selain meningkatkan hasil secara profesional dan sistematik.

Pada masa ini, Kelantan adalah penerima bantuan kewangan defisit tertinggi berjumlah RM363 juta bagi tempoh 2013 hingga 2017. - Bernama

Mohd. Amar
Mohd. Amar