Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, kecenderungan mereka untuk bertugas di kampung halaman disebabkan kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikian ketika ditanya sama ada Johor dan negeri lain mengalami masalah kekurangan guru ketika ini selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Siap Kerja bagi Pembinaan Sekolah Daif Fasa 1 Tahun 2018 Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam di sini, hari ini.

"Masalah itu berlaku di bandar-bandar seperti Johor Bahru, Pasir Gudang dan Shah Alam dan kementerian sedang meneliti bagaimanakah penyelesaian terbaik agar guru ini tidak meninggalkan tempat.

Mungkin ada beberapa inisiatif akan diusahakan termasuk menaikkan elaun kos sara hidup atau meramaikan lagi anak tempatan menjadi guru tetapi semuanya dalam peringkat kajian," kata beliau.

Pada masa sama, Maszlee merayu agar guru tidak meninggalkan tempat mengajar mereka. - Bernama