Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian bukan sahaja berbangga dengan kejayaan guru tempatan malah meletakkan di peringkat yang cemerlang.

"Kementerian mengucapkan tahniah terhadap kejayaan guru di Malaysia mengangkat kecemerlangan profesion perguruan di peringkat antarabangsa.

"Terbukti dalam kalangan guru tempatan mampu memberi persaingan di persada antarabangsa," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan seorang guru, Mohd. Sirhajwan Idek, 30, yang memenangi Community Award for Citizenship di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu lalu.

Pada pertandingan yang diadakan sempena Global Educational Supplies and Solutions Education Awards di Dubai, beliau berjaya menewaskan tujuh peserta lain, atas sumbangannya kepada komuniti dalam bidang pendidikan. - K! ONLINE