Persoalan yang berbangkit adalah sama ada kehadiran Claire di sini bagi mengikuti prosiding pendengaran permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan perintah sekatan terhadap pertuduhan jenayah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, petugas media kemudiannya difahamkan bahawa kehadiran Claire di sini hari ini adalah bagi mengikuti perkembangan petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon PKR Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Claire yang memakai baju berwana hitam berbintik putih hadir kira-kira pukul 9.15 pagi dan dilihat masuk ke dalam kompleks mahkamah lalu terus menuju ke arah lif.

Pengarang portal berkenaan kemudiaannya dilihat meninggalkan pekarangan kompleks mahkamah pada pukul 12.30 tengah hari bersama Khairuddin.

Terdahulu, Najib tiba di kompleks mahkamah di sini bagi mendengar permohonannya melalui peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan perintah sekatan terhadap media daripada menerbitkan perbincangan berkaitan merit dan pertuduhan yang dihadapi.

Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti penggubahan wang haram membabitkan RM42 juta, empat tahun lalu. - K! ONLINE