"Ia (peruntukan) perlu dilihat, sama ada orang awam boleh hadir sekali. Sama ada pegawai (pihak berkuasa) dua tiga orang sudah boleh dikira sebagai orang awam. Bagi saya itu proses teknikaliti dan boleh dibawa ke perdebatan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Suatu Perjalanan Hidup' oleh Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria di Universiti Kebangsaan Malaysia dekat sini hari ini.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas hukuman ke atas dua wanita yang menjalani hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta pada April lalu

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengikuti perkembangan tersebut dan mengambil sikap bahawa ia dijalankan mengikut proses undang-undang negeri. - Bernama