Eda Yusnira yang diwawancara menerusi bantuan adiknya, Eda Yusnita, 40, yang mahir bahasa isyarat berkata, walaupun tidak boleh mendengar, bercakap dan hanya melihat menggunakan mata sebelah kanan, ia sama sekali tidak melemahkan semangat kakaknya.

“Kakak mula mengambil upah sebagai tukang jahit kira-kira 20 tahun lalu dan sememangnya dikenali seluruh penduduk di kampung ini kerana kehalusan dan ketelitiannya menjahit pakaian yang ditempah oleh pelanggan.

“Kadang kala saya berasa kasihan dengannya yang begitu gigih menyiapkan tempahan sehingga waktu malam terutama pada musim hari raya Aidilfitri dan cuti sekolah, namun, saya kagum dengan ketabahannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.