Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Pulau Pinang dan Timur Laut melancarkan operasi serentak di kesemua premis itu bermula pukul 3 petang tadi.

"Menerusi Ops Dadu itu, kami menahan 26 individu termasuk 24 pekerja serta penjaga premis yang menjalankan kegiatan perjudian ekor haram online (dalam talian) itu dan dua pelanggan.

"Berdasarkan siasatan, kedai-kedai itu berselindung di sebalik perniagaan lain seperti kedai jual beg, kedai runcit dan kedai alat tulis, namun mereka menyediakan ruangan khas yang tertutup(dalam kedai) untuk menjalankan kegiatan perjudianitu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya,selain itu, sindiket perjudian tersebut turut menawarkan judi ekor haram dalam talian membabitkan negara luar seperti Thailand dan Kemboja yang boleh dimain setiap hari dengan keputusan dua kali sehari. - Bernama