Dalam satu kenyataan di sini malam tadi, kedutaan itu menyifatkan laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita bahawa Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji Malaysia, sebagai tidak berasas sama sekali.

"Kuota haji bagi jemaah Malaysia ditetapkan pada 30,200 orang," kata kedutaan itu.

Kenyataan itu selanjutnya menyebut, 8,000 visa haji telah dikeluarkan oleh kedutaan tersebut menerusi tugas berterusan yang dijalankannya untuk menerima pasport jemaah Malaysia dan melengkapkan prosedur yang diperlukan pada hari sama, selaras dengan agensi penjaga hal ehwal jemaah haji Malaysia.

Kedutaan tersebut turut menegaskan kesungguhan Kerajaan Penjaga Dua Masjid Agung itu untuk memanfaatkan segala usaha dan kemungkinan serta melakukan segala yang diperlukan untuk membolehkan jemaah haji melaksanakan kewajipan mereka. - Bernama