Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan nyawa dilaporkan selain seekor anjing peliharaan yang rentung.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang menerima panggilan pukul 3.48 pagi segera bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

"Ketika tiba, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan kira-kira 55.7 meter persegi.

"Turut terbakar adalah sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang hangus 70 peratus, kereta Proton Iswara hangus pada bahagian hadapan (10 peratus) dan seekor anjing," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya segera melakukan kerja pemadaman dan mengawal api daripada terus merebak sebelum api berjaya dikawal pukul 5.15 pagi.

Jurucakap itu berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi berkenaan dilakukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dan Paya Terubong. - K! ONLINE